Sunday, 26 February 2012

Kerana Dia

Huh bagaimana ingin aku mula kan ucapan dalam hari yang seperti hari yang lain hari yang mana kita di berikan kesenangan mahu pun ujian, semua kerana kasih sayang Nya yang agung

Malam tadi aku pergi minum bersama rakan kene teh o aku di ajukan dengan soalan, di tanya kepada ku
"bro aku takut lah nak kahwin, aku tak tahulah awek aku ni boleh ke dia berubah bila dia dah kahwin"

sedikit sebanyak pengalaman aku yang dahulu putus cinta membantu aku memberi kan jawapan, 
"kenapa kau nak takut, bukan ke jika perangai dia buruk atau baik adalah ujian untuk kau??
kenapa kau nak kisah dengan apa dia buat kenapa tak tgk apa yang kau buat"

seringkali kita sebagai manusia lupa, kita lupa akan hakikat kehidupan ini.
kenapa kita makan?? kenapa kita belajar??? kenapa kita nak kahwin??? kenapa kita nak ini dan nak itu???
menginginkan sesuatu tidak pernah salah sesungguhnya sifat BERKEHENDAK itu ada pada kita.

Yang menjadi isu dan isi di sini ialah kenapa perlu matlamat, tapi di mana kah kita nak letak matlamat itu pada apa yang kita sandarkan matlamat itu.

Separuh suka berkata belajar lah elok2 nanti boleh dapat kerja bagus, bila dapat kerja bagus dapat gaji besar hidup senang kaya pakai kereta besar ada rumah besar.

maka apa salahnya kita ada matlamat seperti ini????

jawapan hamba tiada salahnya, tiada halangannya nya tapi........

Adalah lebih baik kita niatkan semua nya untuk Dia kerana Dia.
bangun pagi aku bagun kerana mu ya Allah, 
Aku belajar kerana kau ingin Aku menuntuk ilmu,
Aku ingin berjaya Kerana Suruhan Mu untuk Berjaya
AKu ingin Kaya Kerana Menghargai Kurniaan mu

macam2 alasan untuk kita hidup dan kerana apa???

jawapan nya satu KERANA DIA

wujudnya kita di sini pun kerana dia segalanya kerana dia bukan lain,
jadi hiduplah dengan aman dalam cintaNya yang suci
bukankah kita hidup kerana Dia jadi beginilah cara untuk mengingatinya Insyallah

Tuesday, 14 February 2012

Siri Motivasi - Untung akan satu kesengsaraan

Salam semua
maka aku berpesan untuk diri aku dan untuk semua.

seringkali kita di temukan dengan ketentuan ketentuan yang tidak menyebelahi kita, contoh gagal dalam bercinta, gagal dalam berumah tangga, pasangan curang, business jatuh, gagal dalam pelajaran dan macam-macam lagi yang membuat kita gundah dan sedih.

apa puncanya???

Sedarkah kita betapa beruntungnya kita???

kita sedih kita kemalangan kita terluka, kita di hina, sedarkah kita atas ketentuan siapa semua tu terjadi,
Ya jawapannya sama dengan siapa yang memberi kita nikmat di dunia dia juga yang memberi kita ujian-ujian ini. Dalam berjuta-juta manusia di dunia kita terpilih untuk merasa nikmat sengsara.

Iya sengsara itu adalah nikmat??? mengapa???

kerana kita di perhatikan, di ingatkan tentang ketentuan yang maha kuasa, "mengapa kita menolak segala bencana dan asyik bergembira dengan nikmatnya, sedangkan ini semua adalah takdirnya dan kita harus bersyukur sentiasa" (lirik lagu damasutra)

baik buruk sesuatu perkara semua datang dari pemilik alam semesta, pemilik syurga dan neraka, kita ni cuma hamba bila dikatakan hamba kita taat walau apa saja diberikan, jangan lah kita hanya memuji keagungan Nya takala di beri nikmat.

kita sebagai hamba menerima dengan hati terbuka akan ketentuan Illahi, jika mampu menerima ujiannya baru lah di berikan kita akan nikmat, ingatlah tiap-tiap ujian yang datang pada kita di hujungnya terdapat satu nikmat yang tergantung, yang menanti kita.

Apabila kita bersyukur barulah kita dapat merasa nikmat itu, kadang-kadang rezeki kita terhalang kerana kita tak bersyukur, sedangkan hadiah bagi kita ada dengan bersyukur baru lah nikmat itu di berikan.

ingatlah tiap kegembiraan ada kesengsaraan menanti
tiap kesengsaraan ada nikmat yang menanti

bersyukur dan menerima ini adalah rukun iman bagi kita percaya pada baik atau buruk sesuatu perkara yang menimpa, kerana tiap sesuatu ada ceritanya yang tersendiri. kita sebagai hamba buat kerja hamba terus menerus mengagungkan Dia.

Sekian, Percayalah apa yang kita terima ternyata kita insan yang terpilih untuk menerima ujian tanda kasih sayang Dia yang ingin menaikkan darjat kita.

Thursday, 2 February 2012

Mati itu pasti hidup belum tentu

satu hari ketika aku dalam keadaan gunda gulana
aku keliru antara semasa dan masa depan

aku duduk menanti kenderaan awam yang bakal membawa  ku pulang,
dalam aku duduk seorang tua di belakang ku mula membuka bicara

"mengapa harus takut pada mati sedangkan mati itu pasti hidup belum tentu"
sambil ketawa dia berbicara "ramai lah yang takut mati sedangkan mati tu dah dijanjikan hidup tak di janjikan
tapi tuhan janji pasal mati"
aku cuma mampu melemparkan senyuman dan angguk tanda setuju.

seketika aku menoleh kehadapan dan ketika aku berpaling semula ke belakang untuk mengadap si tua tadi ternyata dia masih ada disitu (rupanya manusia biasa bukanlah seperti kisah lain aku dengar sebelum ni)

jadi aku terima dan selalu aku ucapkan
aku ucapkan dan aku ceritakan pada kawan2 ku

ye mati itu pasti mungkin selepas habis menulis pun aku boleh mati
jadi mengapa masih banyak yang tamak berlaku dalam jiwa aku
kenapa masih banyak dosa yang aku lakukan
mengapa manusia terus hanyut dengan dunia
sedangkan kita pasti akan tiada.

semoga hati ku sentiasa merindui akan tuhanku

Wednesday, 1 February 2012

Tentang Revolusi aku

Macam yang hamba katakan hamba ini cuma manusia biasa
tiada kehebatan melainkan semua itu adalah milik Tuhan Agung

jadi blog ini mengenai apa???
blog ini adalah mengenai

1. motivasi diri (self)
2. kehidupan aku (gurindam jiwa)
3. Pendapat aku tentang negara ku - Politic,economy,social,technology,enviroment,legal (Revolusi)
4. dan lain2 (open topic)

ini bukanlah blog politik, sesungguhnya siapa yang aku sokong adalah hak aku
jadi just enjoy pendapat lelaki ini.

jika ada satu walau hanya satu perkara yang aku tulis mampu membantu kamu maka itu adalah dari tuhan yang satu yang memberi ilham itu bukan milik ku.

ps. jangan jadikan ruangan comment hamba tempat bertekak ye hehehehe mintak tolong sangat

Motivasi kenali diri

Hamba pun tak tahu kalau ada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog hamba hehehehehe
hamba menulis kerana ingin menulis bukan kerana ingin terkenal

jika anda berada di sini itu adalah hidayah

jadi hari ini hamba ingin kita menilai diri melalui cara kita makan

hehehehehe (apa agaknya merepek den hari ni)
sebelum apa2 jangan lah di salah sangka bukan tujuan ini untuk menilai anda tapi cuma ingin mengajak kita supaya menilai diri dan potensi diri, cara anda anda saja yang menilainya

ayuh kita mulakan

em.... hamba ingin sentuh tentang cara hamba makan sarapan pagi hamba iaitu nasi lemak tak kisah lah apa lauk sekali pun yang anda letakkan

separuh suka mengaulkan sambal
separuh suka ambil sedikit-sedikit sambal bersama nasi
hamba pula suka  begini ambil sedikit sedikit sambal bersama setiap suapan nasi tapi untuk suapan terakhir
hamba akan patikan yang hamba kumpulkan setiap bahagian yang hamba suka untuk suapan yang terakhir

contoh nasi tu sedikit hamba akan pastikan ada sambal yang agak banyak berbanding sambal yang awal tadi
kemudian pastikan ada telur dan kuning telur, or apa saja lauk yang hamba ada hamba akan tinggal kan the best part of the meal as suapan terakhir

ada yang suka makan and gigit terus bahagian yang dia suka pada awal makan tu dah makan

kat sini takde kaitan orang begini bagus orang itu tak bagus janganlah salah faham

tapi kita boleh lihat siapa kita..... jadi saya di mata saya ialah
1.saya seorang yang berhati2 dalam membuat pilihan
2.saya akan tak kisah dengan permulaan kerja itu bagaimana tapi di akhirnya saya akan pastikan yang saya akan dapat keuntungan atau kebaikan darinya.
3.mungkin saya seorang yang akan memilih sesuatu cuma bila membawa kebaikan pada saya
4.saya terlalu memilih and agak ada sikap penting diri
5.saya bukan jenis yang sanggup mengambil risiko
6.buat sesuatu bila tahu akan hasilnya berjaya
7.seorang yang tidak kisah akan kerja awal asalkan hasilnya menepati kehendak

banyak lagi yang boleh kita cerita just dengan cara kita makan hehehehe
jadi siapa anda nilai lah sendiri
jadikan siapa kita sebagai kekuatan
siapa saja kita itu adalah pilihan kita tiada sesiapa boleh cakap bahawa cara kita adalah salah

sekian,
harap memberi manfaat
(looking at the the world with different view)