Showing posts with label gurindam jiwa. Show all posts
Showing posts with label gurindam jiwa. Show all posts

Friday, 17 August 2012

Alasan KU dan Alasan MU

Kesian sungguh kita dalam kehidupan kita berapa banyak dah benda yang kita tanggug berapa banyak dah benda yang kita hentikan dan BERALASAN

Kita tak sedar kita banyak merugikan hidup kita kita sendiri yang membinasakan hidup dan masa depan kita sedang kita rasa benda yang kita buat tu betul padahal ada aja cara kita melihat nya semua 

ok jom kita lihat akan perkara yang berikut:

1. berjaya
kita belum lagi berjaya, sebab kita tangguh kita kekang hidup kita sendiri dengan meyandarkan hidup kita pada sekeping kertas yang kalau dicetak harganya tak sampai 2 ringgit pun. kertas tu yang kita panggil ijazah dan diploma

so apa yang aku nak katakan ialah Allah suruh kita tuntut ilmu kita tuntut walau kita gagal takde diploma still kita ada ilmu, ilmu ni banyak mana2 pun ada ilmu belajar dan jangan kekang diri kita untuk berjaya dengan mengharap sekeping kertas boleh bawa kita jadi kaya

gunakan lah ilmu yang ada yang kita dah tuntut sepanjang hidup kita. gunakan lah ia untuk berjaya.

2. Menunggu dan terus menunggu
dah jangan tunggu lagi kenapa nak menunggu yang tak pasti, go and dapatkan kan lah apa yang korang tak dapat lagi.
kalau belum kaya pergi cari kaya bukan kerja aja and harap jadi orang kaya, pergilah cari harta lagi dengan buat niaga
jodoh pun sama asyik tunggu si dia yang entah apa cerita tinggal kan dia and dapatkan bahagia (tahniah pada kawan aku yang dah melepasi ujian ini) jangan dok tunggu sangat lah. ada peluang gi kahwin tak payah nak tunggu and mengharap sangat pada orang.

kita jangan tunggu jangan bagi diri kita alasan untuk menunggu sebab menunggu nilah kita akan masuk neraka
sebab nak taubat pun nak tunggu, bila lagi kita nak berubah asyik menunggu aja dan bagi alasan.

orang yang berjaya dah lama tak beralasan sebab dok sibuk turn everything into action sebab kita berani melangkah lah kita akan berjaya.

insyallah siapa yang berkehendak maka dia akan dapat

Thursday, 2 February 2012

Mati itu pasti hidup belum tentu

satu hari ketika aku dalam keadaan gunda gulana
aku keliru antara semasa dan masa depan

aku duduk menanti kenderaan awam yang bakal membawa  ku pulang,
dalam aku duduk seorang tua di belakang ku mula membuka bicara

"mengapa harus takut pada mati sedangkan mati itu pasti hidup belum tentu"
sambil ketawa dia berbicara "ramai lah yang takut mati sedangkan mati tu dah dijanjikan hidup tak di janjikan
tapi tuhan janji pasal mati"
aku cuma mampu melemparkan senyuman dan angguk tanda setuju.

seketika aku menoleh kehadapan dan ketika aku berpaling semula ke belakang untuk mengadap si tua tadi ternyata dia masih ada disitu (rupanya manusia biasa bukanlah seperti kisah lain aku dengar sebelum ni)

jadi aku terima dan selalu aku ucapkan
aku ucapkan dan aku ceritakan pada kawan2 ku

ye mati itu pasti mungkin selepas habis menulis pun aku boleh mati
jadi mengapa masih banyak yang tamak berlaku dalam jiwa aku
kenapa masih banyak dosa yang aku lakukan
mengapa manusia terus hanyut dengan dunia
sedangkan kita pasti akan tiada.

semoga hati ku sentiasa merindui akan tuhanku