Tuesday, 14 February 2012

Siri Motivasi - Untung akan satu kesengsaraan

Salam semua
maka aku berpesan untuk diri aku dan untuk semua.

seringkali kita di temukan dengan ketentuan ketentuan yang tidak menyebelahi kita, contoh gagal dalam bercinta, gagal dalam berumah tangga, pasangan curang, business jatuh, gagal dalam pelajaran dan macam-macam lagi yang membuat kita gundah dan sedih.

apa puncanya???

Sedarkah kita betapa beruntungnya kita???

kita sedih kita kemalangan kita terluka, kita di hina, sedarkah kita atas ketentuan siapa semua tu terjadi,
Ya jawapannya sama dengan siapa yang memberi kita nikmat di dunia dia juga yang memberi kita ujian-ujian ini. Dalam berjuta-juta manusia di dunia kita terpilih untuk merasa nikmat sengsara.

Iya sengsara itu adalah nikmat??? mengapa???

kerana kita di perhatikan, di ingatkan tentang ketentuan yang maha kuasa, "mengapa kita menolak segala bencana dan asyik bergembira dengan nikmatnya, sedangkan ini semua adalah takdirnya dan kita harus bersyukur sentiasa" (lirik lagu damasutra)

baik buruk sesuatu perkara semua datang dari pemilik alam semesta, pemilik syurga dan neraka, kita ni cuma hamba bila dikatakan hamba kita taat walau apa saja diberikan, jangan lah kita hanya memuji keagungan Nya takala di beri nikmat.

kita sebagai hamba menerima dengan hati terbuka akan ketentuan Illahi, jika mampu menerima ujiannya baru lah di berikan kita akan nikmat, ingatlah tiap-tiap ujian yang datang pada kita di hujungnya terdapat satu nikmat yang tergantung, yang menanti kita.

Apabila kita bersyukur barulah kita dapat merasa nikmat itu, kadang-kadang rezeki kita terhalang kerana kita tak bersyukur, sedangkan hadiah bagi kita ada dengan bersyukur baru lah nikmat itu di berikan.

ingatlah tiap kegembiraan ada kesengsaraan menanti
tiap kesengsaraan ada nikmat yang menanti

bersyukur dan menerima ini adalah rukun iman bagi kita percaya pada baik atau buruk sesuatu perkara yang menimpa, kerana tiap sesuatu ada ceritanya yang tersendiri. kita sebagai hamba buat kerja hamba terus menerus mengagungkan Dia.

Sekian, Percayalah apa yang kita terima ternyata kita insan yang terpilih untuk menerima ujian tanda kasih sayang Dia yang ingin menaikkan darjat kita.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tambahan info untuk dikongsi bersama...

    Kejayaan dan kegagalan akan kita lalui di sepanjang perjalanan kehidupan ini. Oleh itu beberapa prinsip hidup perlu kita sematkan dalam diri, antaranya:

    1.Anggaplah kegagalan tersebut sebagai cubaan
    dari Allah yang bertujuan untuk mendidik
    diri. Ini bermakna didikan dari Allah ini
    perlu dihargai dengan hatiyang rela dan tabah.
    2.Yakinlah, bahawa Allah itu Maha Adil dan
    tidak akan berbuat zalim. Allah ialah Zat
    Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan
    mangambilnya kembali.
    3.Seringkali kegagalan yang diberikan adalah
    tanda peringatan dan lambang kasih sayang-Nya
    dan memberi ruang kita bermuhasabah dan terus
    mengharap dariNya.
    4.Hadith Rasulullah SAW yang maksudnya supaya
    kita mengucapkan :
    “innalillahi wainnailaihi roji'un” apabila
    ditimpa musibah dan ini akan Allah kurniakan
    pahala.
    5.Kegagalan dijadikan sebagai batu loncatan
    untuk tingkatkan diri dan menempuh kehidupan
    dengan semangat yang baru yang lebih berkobar
    untuk kejayaan yang akan datang.
    6.Setiap kegagalan datang bersama rahmat:
    a.Ia akan lebih menghampirkan diri kepada
    Allah.
    b.Doa orang orang yang ditimpa musibah lebih
    mustajab.Ia akan lebih mendewasakan diri.

    Firman Allah SWT bermaksud :
    “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orangsombong lagi membanggakan diri”( Al-Hadid : 22-23 )

    Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : “ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata ““Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Merekaitulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan merekaialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).

    Akhir sekali, ujian Allah bukan hanya berupa kegagalan, dan kepayahan sahaja, tetapi juga berbentuk kejayaan dan kemewahan. Allah SWT berfirman bermaksud: “ Dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan,dan kepada Kamilah kamu semua kembali.

    ”Wallahu a’lam.

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk komen anda dan terima kasih kerana sudi menjengok blog hamba ini

    ReplyDelete